Monday, August 15, 2005

Minggu lepas minggu yang amat menyedihkan dan meletihkan. Hari Selasa 9hb pengsan di rumah. Sedar-sedar hari dah hampir Maghrib.Kak Lang memaksa pergi ke HUKM. Tunggu punyalah lama sampai sakit di perut pun tambah kurang.Minta doktor bagi surat referal untuk ultrasound keesokan harinya.Sah! ultrasound mengatakan ada fibroid. Mula tu rasa ok je-sekurang-kurangnya tahu apa yang sakit kat perut tu.Petangnya ke HUKM Klinik BTS. Dr minta ambil darah, la tak cukup lah pulak. Suspek tiroid pulak sebab sympton-sympton yang dialami banyak ke arah itu. Pergi ke HUKM untuk appointment gynae. Dapat appointment pada 17hb Ogos. Hantar SMS kepada boss, kawan-kawan dan rakan seusrah.Nak berkongsi suka duka lah tu!Hari Khamis kerja macam biasa. Surf internet look up at fobroid. Ya Allah banyak nya prosedure sakit ni. Pro & konta mula susah hati.........Macam-macam dalam fikiran kerjaya, studies,famili,dsbnya.Tapi dalam hati ini berkata Allah memberikan ujian kepada hambanya sekadar apa yang mampu dipikul oleh hambanya itu,insyallah.Lawan tetap lawan, perjuangan harus dilakukan. Muhasabah diri akan diteruskan.Mungkin Allah dah bagi sign slow down, take care of your health, a lot of things you have to foregone and carry your life to the fullest!

Tuesday, July 19, 2005

Pertemuan pertama

Aku yang masih mencari kasih illahi. Kadang-kadang dapat dirasai betapa sayangnya Dia padaku. Di saat rasa kesepian, keseorangan dan kehilangan terasa kehadiranNya di kala malam nan sunyi dan sepi - antara aku dan Khalik, bertemu dalam alam yang syahdu dan rindu yang mendalam.Dalam mencari cari Nya terasa betapa kerdilnya kita sebagai hamba dan khalifah di buminya.Betapa kita ini masih lagi boleh ketawa dan bersenang-senang sedangkan bekalan di alam sana masih tak seberapa. Entah sampai bilakah aku ini masih terasa beban dosa- dosa yang lalu,semakin dicuba menggapai kasihNya semakin terasa gelodak hati dibebankan dengan beberapa problemika kehidupan.Memang aku mencuba pasrah padaNya namun hati ini selalu berkata-kata bilakah kehidupan ini akan senang dilalui tanpa perkara-perkara yang terbeban dibahu ku dan benakku.Ah! kesimpulannya Allah amat sayang pada hambanya dan Dia memberikan ujian kepada hambaNya sesuai dengan kemampuan hambaNya itu( AlQuran)