Monday, August 15, 2005
Minggu lepas minggu yang amat menyedihkan dan meletihkan. Hari Selasa 9hb pengsan di rumah. Sedar-sedar hari dah hampir Maghrib.Kak Lang memaksa pergi ke HUKM. Tunggu punyalah lama sampai sakit di perut pun tambah kurang.Minta doktor bagi surat referal untuk ultrasound keesokan harinya.Sah! ultrasound mengatakan ada fibroid. Mula tu rasa ok je-sekurang-kurangnya tahu apa yang sakit kat perut tu.Petangnya ke HUKM Klinik BTS. Dr minta ambil darah, la tak cukup lah pulak. Suspek tiroid pulak sebab sympton-sympton yang dialami banyak ke arah itu. Pergi ke HUKM untuk appointment gynae. Dapat appointment pada 17hb Ogos. Hantar SMS kepada boss, kawan-kawan dan rakan seusrah.Nak berkongsi suka duka lah tu!Hari Khamis kerja macam biasa. Surf internet look up at fobroid. Ya Allah banyak nya prosedure sakit ni. Pro & konta mula susah hati.........Macam-macam dalam fikiran kerjaya, studies,famili,dsbnya.Tapi dalam hati ini berkata Allah memberikan ujian kepada hambanya sekadar apa yang mampu dipikul oleh hambanya itu,insyallah.Lawan tetap lawan, perjuangan harus dilakukan. Muhasabah diri akan diteruskan.Mungkin Allah dah bagi sign slow down, take care of your health, a lot of things you have to foregone and carry your life to the fullest!
Subscribe to:
Comments (Atom)