Saturday, March 13, 2010

UUMKL

Saya mendaftarkan diri sebagai penuntut separuh masa di UUMKL Januari yang lalu. Kenapa UUM? Pertama- ianya adalah Harvard of The East. Saya berharap dapat mengaut ilmu dan pengalaman dari pensyarah yang berwibawa dan berautoriti . Kedua- ianya terletak ditengah-tengah bandar KL dan kemudahan pembelajaran yang baik. Kemudahan untuk pelajar sangat baik dengan wifi percuma, surau yang selesa, tempat makan yang mudah dan pengangkutan awam yang terletak berhampiran.Ketiga- Perpustakaan maya yang canggih dan lengkap sesuai sebagai gelaran Harvard of the East.
Sesungguhnya hamba mu ini bersujud syukur dapat melanjutkan pelajaran siswazah di sini dan kegagalan lalu akan dijadikan sempadan dalam mengharungi kehidupan ini. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib seseorang tanpa individu itu mengubahnya dengan pertolongan dan rahmat Allah. Secara jujurnya saya merasakan hati yang lapang dan tenang mengharungi hidup sebagai pelajar di sini. Entah mengapa saya kurang pasti jika dibandingkan semasa saya belajar di IIUM dahulu. Suasana yang tenang, lapang dan memberangsanagkan idea-idea bercambah dengan baik dan seakan sempurna. Perjalanan menaiki LRT dan monorail banyak membuatkan saya merenung diri dan bersyukur atas segala nikmat yang di beri Illahi. Keributan berpusu-pusu di LRT dan Monorail setiap dua minggu sekali seakan hilang begitu sahaj sebaik melangkah kaki ke kampus setinggi lapan tingkat itu. Keriangan berjumpa rakan-rakan dan bertukar pandangan seakan menghilangkan kekalutan bekerja di pejabat. Insyallah selepas 2 tahun saya berharap dapat menjadi Alumni Harvard of the east!

No comments: