Ramadhan & Syawal 2011
Ramadhan yang baru berlalu memberikan impak yang sangat besar kepada saya. Ini adalah tahun pertama saya menghadapinya sebagai pesakit diabetes. Perasaan saya bercampur baur antara suka, duka dan pengalaman ini akan terpahat di dalam waktu-waktu yang akan datang, tentunya. Pengalaman ini menyebabkan keletihan yang agak teruk dialami, mungkin imunisasi badan yang tidak stabil. Balik dari pejabat, saya mengalami keletihan yang amat sangat dan ternanti- nanti waktu untuk berbuka puasa. Saya kuatkan azam untuk mengaji Quran sementara menantikan azan maghrib dan alhamdullilah dengan kebatasan saya itu saya mampu mengaji sebanyak 12juz ( sangat teruk) tapi alhamdullilah saya sangat mensyukurinya. Pasca Ramadhan saya berazam untuk meneruskan pembacaan sampai khatam, insyallah. Sahabat Rasulullah masyaallah khatam 60kali semasa Ramadhan!
Syawal ke 2 kami dikejutkan dengan musibah angah melanggar khinzir di Lancang, teruk juga beliau 3 beranak jatuh motosikal. Kami bergegas ke Hospital Temerloh pada pagi ke 3 dan kemudian beliau dibela oleh bapa saudara Ros di Bukit Bendera, Mentakab. Sekarang keluarga angah mendapatkan rawatan di Beranang bersama Ustaz Hj Sanip untuk membetulkan tulangnya yang retak dan clot di bahagian kepalanya.
No comments:
Post a Comment